Assalamualaikum semue..Hii stalker..Welcome to cucu atok blog..X cntik pon blog ni..Kalau boleh follow la ye..;)

Monday 23 January 2012

Budak penjual kuih

Kisah pengajaran yg sengaje dicopy-paste :

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
RM25 saja bang.
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Tuesday 3 January 2012

musim balik asrama...bukan musim durian lagi !!

Assalamualaikum

Hello bro-bro n sis-sis sekalian..ape kabar ?aku tau semua mesti demam kepialu kan sebab nak balik sekolah..korang oke lagi..aku balik asrama..sedih plak nak tinggalkan rumah banglo 14 tingkat aku ni..esok da kene balik dah !pukul 4 ptang, gerak lah..tapi masalah sekarang, kasut hitam ngan baju melayu aku x beli lagi..2011 punye da x muat, maklumlah, membesarkan ..kalau esok x beli jugak pakai selipar la aku gi sekolah..gi surau pulak pakai t-shirt asrama lah nampak gayanye..ni x boleh jadi, ak mesti beli jugak esok..lain semue dah siap packing dah..yg peliknya walaupon ak sedih tpi x sabar2 nak jumpe member2 gile aku..rindu beb..tahun nie PMR pulakk..belajar lagi...dari form 1 smpai form 3 x habis2 dgan belajar..secara jujurnya,stress kot duduk asrama nie..lagi lagi asrama SMK Segambut Jaya...tapi yg pnting skarang, ak nak kalahkan abg sedare ak yg dpat 8A haritu..kali ni aku nak dapat 9 A pulakk..haha..maybe xkan boleh..tapi ,insya Allah..tahun ni ape yg aku dah agak ialah aku akn susah fokus nak belajar..maybe 3 bulan sebelom PMR baru belaja betol2..7 bulan pertame ni main2 dulu..akhir sekali, aku x sabar2 nak balik jumpe kawan2 rapat aku..korang tunggu je aku datang..bye ^_^

Sunday 1 January 2012

Kesilapan dalam ibadat dan agama

assalamualaikum..oke..hari ini aku nak cakap pasal kesilapan-kesilapan dalam ibadat dan agama yg selalu dilakukan orang islam yg lain...kesilapan ini boleh dianggap kesilapan basic..



1. SELALUNYA KETIKA KITA SEDANG BERPUASA SUNAT,APABILA ADA ORANG AJAK MAKAN KENDURI,KITA AKAN MENOLAK DENGAN ALASAN KITA SEDANG BERPUASA.Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan per...gi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?


2. RAMAI YANG MENGANGGAP ISLAM INI HANYA PADA IBADAT SAHAJA.HUKUM SOLAT,PUASA,HAJI DIJAGA SEPENUHNYA . Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .

3. SESETENGAH MASJID SUKA BERTARHIM(BACA AYAT AL-QURAN SEBELUM AZAN SUBUH) DAN DILAUNGKAN KUAT-KUAT SPEAKER TU SAMPAI SATU KAMPUNG DENGAR.KADANG2 SEJAM ATAU SETENGAH JAM SEBELUM AZAN DAH BUNYI DAH. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?
Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung?
Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. APABILA KITA HENDAK SEMBAHYANG,TIBA-TIBA HIDANGAN MAKANAN DAH DISEDIAKAN,MAKANLAH DULU.ITU YANG LEBIH AULA(UTAMA). Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.

5.SESETENGAH ORANG MENGHADAPI MASALAH KETIKA HENDAK BERTAKBIRATUL IHRAM.KADANG2 ANGKAT TAKBIR BERULANG-ULANG KALI TAPI MASIH TAK MASUK NIAT JUGAK.Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.Jadi kesimpulannya, make yourself firm &confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu

6. TERDAPAT SEGELINTIR IMAM YANG BERDOA SELEPAS SOLAT AKAN MEMULAKAN DOA DENGAN HAMDAN HAMIDIN&HAMDAN ZAKIRIN ATAU HAMDAN SYAKIRIN. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:Hamdal-hamidin&Hamdaz-zakirin dan Hamdasy-syakirin. (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. MENURUT MAZHAB SHAFIE,MESTI TERDAPAT 7 ANGGOTA YG MENYENTUH TANAH KETIKA KITA SEDANG SUJUD IAITU,KE 2 2 TAPAK TANGAN,KE 2 2 LUTUT DAN KE 2 2 PERUT IBU JARI KAKI(HIDUNG SUNAT SAHAJA).Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.
Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.


8. DI BULAN PUASA,ORANG KITA RAJIN MENGHANTAR KUIH-KUIH ATAU JUADAH-JUADAH KE RUMAH JIRAN.Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

9. APABILA KITA BERSOLAT DI TEMPAT YANG LIMITED SPACE TAPI RAMAI ORANG,CONTOHNYA DI SURAU R&R DALAM KAPAL TERBANG DAN SEBAGAINYA.Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

10. MENUNAIKAN HAJI SEMEMANGNYA ADALAH RUKUN BAGI KITA.TETAPI KITA KENA PANDAI MENYUSUN KEUTAMAAN. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

11. JIKA KITA HENDAK SEMBAHYANG SUNAT,TIBA2 ADA TETAMU DATANG RUMAH, KITA KENA TANGGUHKAN SEMBAHYANG ITUDAN PERGI LAYAN TETAMU DULU.ITU YG LEBIH AULA(LEBIH UTAMA). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada maka tak boleh lah.

Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, KITA HENDAKLAH PANDAI MENYUSUN KEUTAMAAN DALAM BERIBADAT.UTAMAKN YG LEBIH UTAMA.JIKA KITA GAGAL MENGUTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA BOLEH MEYEBABKAN IBADAT KITA MENJADI SIA-SIA SAHAJA,MALAH SESETENGAHNYA BOLEH MENGAKIBATKAN DOSA PULA.

(Di petik daripada ceramah Ustaz Dato’ Ismail Kamus )

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.
Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa.
Renung-renungkanlah

#dicopypastedarimajlisilmu

Assalamualaikum 2012

Assalamualaikum 2012...

hari ni tahun baru..azam pon kene baru..betol x ? ckap pasal azam..korang dah ade azam ke ?..ape itu azam ? azam is matlamat atau cite2 korg..aku punye azam sempena tahun baru ni nak dapat 6 A+ PMR...lgi 3 dapat B pon oke....ade lagi tapi aku malas nak taip krane bersifat peribadi..secare jujurnye, aku berat hati nak tinggalkan 2011 ni sebenarnya...banyak sebab, antarenye kat tahun ni last aku nak jumpe kawan sejaya aku yg nak pindah tahun ni macam fakh, iffat, awan n laen2..kat tahun ni jugak aku dapat bnyak bende baru yg best2..pahit manis di 2011 semue dah berlalu...aku kene pandang ke hadapan, baru maju...x boleh otak mundur..ape-ape pon, 2012 ni aku akan buktikan yg aku pandai n aku nak azam aku menjadi...xnak stiap exam dpat bawak balik 1 A je...itupon agame..finally, 2012 ni aku akan sambut kedatangannya dengan baik supaye jadi tahun bertuah aku..haha ;p


Hak Cipta Terpelihara..2012